Komik Ini

My Photo
Komik Al-Fityan | Hasil garapan pena pelukis dan penulis muda Bumi Kinanah. Merupakan antara satu wacana dakwah Islami yang diadun dalam bentuk yang lebih kreatif dan inovatif. [Peringatan] Segala hasil karya di dalam blog ini adalah hakcipta komuniti ini. Anda dilarang untuk mengambil mana-mana kandungan yang tersiar di sini tanpa izin mereka yang berkaitan. Sebarang kemusykilan, sila hubungi pihak admin di alamat: alfityan[dot]moderator[at]gmail [dot]com

23 Julai 2008

ERTI MERDEKA HAKIKI

Tangisan pilu membungkam rasa
Perit jerih menempuh segala
Harga diri entah ke mana
Harapan hanya pada Dia

Bedilan demi bedilan
Dentuman bertemu dentuman
Peluru sesat menusuk dada
Mengalir darah pertahankan agama

Mana ayah
Mana ibu
Mana saudaraku
Semuanya tiada
Tiada lagi di dunia

Aku sendirian
Aku keseorangan
Menentang penjajah kuffar
Bermaharajalela di bumi ku, Palestin

Aku teramat sedih
Umat lain hanya diam
Masih lagi meneguk Pepsi
Kenyang lagi meratah KFC

Kalian bertangungjawab!
Kalian turut meratah daging saudaraku
Kalian pengkhianat!

Ya Tuhan!
Andai hidup di dunia ini
Mendurjanakan aku
Maka engkau merdekakanlah aku dari dunia ini
Aku impikan syahid
Bertemu dengan-Mu!

Nukilan : Zulfa Hanan

Tiada ulasan: