Komik Ini

My Photo
Komik Al-Fityan | Hasil garapan pena pelukis dan penulis muda Bumi Kinanah. Merupakan antara satu wacana dakwah Islami yang diadun dalam bentuk yang lebih kreatif dan inovatif. [Peringatan] Segala hasil karya di dalam blog ini adalah hakcipta komuniti ini. Anda dilarang untuk mengambil mana-mana kandungan yang tersiar di sini tanpa izin mereka yang berkaitan. Sebarang kemusykilan, sila hubungi pihak admin di alamat: alfityan[dot]moderator[at]gmail [dot]com

19 Januari 2009

KEMASKINI - TENTANG AL-FITYAN 1




Salam buat semua.


Sudah agak lama tidak mengemaskini maklumat tentang Al-Fityan di blog ini. Memandangkan terdapat agak ramai pihak yang memberi komentar tentang keluaran pertama yang tidak berapa meluas pasarannya, kami di pihak Admin meminta ribuan kemaafan kepada sesiapa yang tidak sempat memilikinya.

Mungkin modal dan kuasa pasaran menjadi sebab utama ia tidak dijual dengan banyak. Tak mengapalah ya? Nantikanlah kelahiran Al-Fityan keluaran kedua tidak lama lagi. Harganya tetap sama dengan harga keluaran pertama, insya-Allah. Tapi kalau lebih sedikit, tak mengapa kan? (senyum)

Di kesempatan ini (mungkin agak terlewat), krew Al-Fityan mengucapkan selamat menempuhi musim peperiksaan buat semua. Semoga medan peperiksaan menjadi pemantap ilmu di dalam diri, agar ia dapat diamalkan dan menjadi manfaat buat semua di kemudian hari.


Bittaufiq wannajah!

Tiada ulasan: