Peluang keemasan bagi mereka yang ingin menjadi usahawan Islam. Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) akan menganjurkan Seminar Keusahawanan PMRAM 11 Julai ini bersama dengan HPA Industries Sdn Bhd pada hari Sabtu, 11 Julai 2009 ini. Seminar yang berkisar tentang keusahawanan Islam itu akan dihadiri oleh Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd sendiri iaitu Tn. Hj. Ismail bin Ahmad. Seminar yang julung kalinya ini akan menampilkan beberapa pembentang yang dibawa khas dari Melaysia dan juga merupakan wakil-wakil dari HPA sendiri.
Seminar tersebut akan bermula pada jam 8 pagi. Antara slot menarik yang akan disajikan kepada para peserta ialah Asas Pengenalan Perniagaan, ceramah tentang pembiayaan keangan dan forum makanan halal. Kepada yang mahu mendaftar, bolehlah terus berhubung kepada saudara Meor Mohd Khairul Anuar di talian +20112600698 atau +20167825835 bagi peserta siswa. Bagi peserta siswi, bolehlah berhubung kepada saudari 'Izzati Farhana di talian +20116032843. Tempat adalah terhad dan kepada mereka yang cepat, adalah diutamakan. Tebuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi di Mesir ini. Jangan mensia-siakan peluang keemasan ini. Untuk sebarang iklan, bolehlah ke ruangan muat turun untuk memuat turun iklan seminar tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan