8 Ogos 2009 bakal menjadi satu tarikh yang amat bermakna bagi seluruh penuntut di Mesir ini kerana satu ekspo yang dikenali sebagai Ekspo Gempak PMRAM (EGP) akan kembali menemui kita semua. Program yang diadakan khusus bersempena dengan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK) Ke 52 itu, akan bermula pada 8 Ogos 2009, jam 7 pagi bertempat di Dataran Kompleks Asrama Haiyyu 'Asyir, Kaherah.
Pada tahun ini, pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) mengekalkan konsep perayaan seperti tahun lepas, memandangkan sambutan yang diberikan amatlah baik dan pada tahun ini, konsep ekspo sekali lagi diketengahkan bagi menarik minat seluruh penuntut yang berada di bumi Mesir ini. Program yang bakal berlangsung selama empat hari ini, bakal menyajikan acara-acara serta pertandingan-pertandingan yang menarik untuk disertai.
Pelbagai acara menarik telah diatur seperti Masterful, iaitu perbarisan kontinjen, persembahan wajadiri dan warna-warni malam kemuncak. Acara dalam dewan seperti debat ala perlimen, pidato, berbalas pantun, kuiz, dan nasyid, adalah antara yang akan diadakan dalam ekspo nanti. Di samping itu juga, tradisi sukan outdoor seperti bola tampar, sepak takraw, dan ping-pong, akan terus diadakan.
Jika wujud sebarang masalah, bolehlah terus merujuk kepada Pengarah Eksekutif EGP 2009, saudara Jamal Najmuddin bin Sulaiman di talian +20103799695 atau Timbalan Pengarah Eksekutif 1, saudara Mohd Azlan bin Haji Alias di talian +20109183779 / +20144597007 ataupun Timbalan Pengarah Eksekutif 2, saudari Samihah binti Abdullah di talian +20111340468.
Marilah sama-sama kita meriahkan lagi Ekspo Gempak PMRAM 2009, program khusus bersempena dengan Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK) negara Malaysia kali ke-52.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan