(klik pada gambar untuk lihat lebih jelas)
[Analytical Blue berkata] :- Salam. Asif, lukisannya cantik cuma pada pandangan ana, sebaiknya dianjurkan juga akhlak yg terbaik dan mengikut sunnah walau hanya dalam lukisan.. iaitu, makan/minum menggunakan tangan kanan.Dari kitab Riyadhus Solihin:
Umar bin Abu Salamah r.a berkata; "Ketika aku masih kecil di bawah asuhan Rasulullah SAW, tanganku mengulur ke wadah makanan. Melihat itu, Rasulullah SAW bersabda kepadaku; 'Hai anak kecil, bacalah basmallah, makanlah dengan tangan kanan dan makanlah makanan yang dekat'" (Muttafaqun 'alaih)
Syukran kepada pembaca al-Fityan yang sentiasa mahu dan cintakan sunnah rasul, inilah sifat al-Fityan yang beriman menegur jika berlaku kesilapan. Teruskan menegur kami.
Satu nasihat yang berguna untuk ingatan para sahabat terutamanya untuk kartunis-kartunis freshie.
Alhamdulillah, teguran Analytical Blue Insyaallah amat bermanfaat. Anyway, thumbs up untuk komik ini! Isinya bagus. Sebenarnya saya juga pernah buat silap masa melukis atau design. Tak perasan tangan sebelah mana yang kita buat tu. Rasanya Menoufiaz juga mungkin tak perasan. Mujurlah ada pemerhati-pemerhati yang agak melankolik. Hehe. Dapatlah kita tahu rupanya kita tersilap.Insyaallah kepada para pelukis dan seumpama dengannya, moga kita lebih teliti selepas ini, terutamanya dalam perkara bersangkutan sunnah Nabi dan isi Al-Quran. Komik-komik yang dibikin moga-moga menjadi madah untuk kita memaparkan akhlak-akhlak yang mulia bukan akhlak yang entah apa-apa. Kita tidak perlu buat aksi gaduh-gaduh, bunuh-membunuh macam komik Jepang. Komik kita untuk menyampaikan kebaikan, bukan semata-mata untuk ikut trend. Wallahu'alam. Segala yang baik datangnya daripada Allah dan segala yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri.
"Al-haqqu ahaqqu an yuttabi'."
-Perkara yang benar itu lebih berhak untuk diikut.-
-Menoufiaz-
3 ulasan:
Salam. Asif, lukisannya cantik cuma pada pandangan ana, sebaiknya dianjurkan juga akhlak yg terbaik dan mengikut sunnah walau hanya dalam lukisan.. iaitu, makan/minum menggunakan tangan kanan.
Dari kitab riyadhus solihin:
Umar bin Abu Salamah r.a berkata; "Ketika aku masih kecil di bawah asuhan Rasulullah SAW, tanganku mengulur ke wadah makanan. Melihat itu, Rasulullah SAW bersabda kepadaku,'Hai anak kecil, bacalah basmallah, makanlah dengan tangan kanan dan makanlah makanan yang dekat'" (muttafaqun 'alaih)
Wallahu a'lam.
menarik...
Pernah baca komik asal di alwancomics dulu.. Sampai sekarang ingat lagi tentang perumpaan gelas ini.. :)
Terima kasih atas teguran cik analytical_blue. Teguran buat diriku jua..
Catat Ulasan