Komik Ini

My Photo
Komik Al-Fityan | Hasil garapan pena pelukis dan penulis muda Bumi Kinanah. Merupakan antara satu wacana dakwah Islami yang diadun dalam bentuk yang lebih kreatif dan inovatif. [Peringatan] Segala hasil karya di dalam blog ini adalah hakcipta komuniti ini. Anda dilarang untuk mengambil mana-mana kandungan yang tersiar di sini tanpa izin mereka yang berkaitan. Sebarang kemusykilan, sila hubungi pihak admin di alamat: alfityan[dot]moderator[at]gmail [dot]com

18 Julai 2010

MAJLIS 'GATHERING' KREW AL-FITYAN

Bertempat di DPJA Mansurah, seperti biasa Mesyuarat Tahunan merangkap Majlis Gathering krew-krew al-Fityan telah diadakan. Persiapan majlis telah dimulakan seawal 13 Julai lagi dengan menu-menu yang menyelerakan oleh krew-krew akhawat dari Mansurah.

Pada malamnya sebahagian krew ikhwah yang 'bermusafir' dari Kaherah, Zaqaziq dan Tanta mula berkumpul di penginapan DPJA Mansurah dan memulakan aktiviti santai bertukar-tukar cerita sambil mencuba lakaran kartun menggunakan 'wacom' - (sejenis papan lukisan digital). Turut diberikan sedikit tutorial ringkas grafik dari Saudara Muhamad al-Amin @ Aminislamic selaku salah seorang pereka grafik al-Fityan.

Awal pagi 14 Julai, para krew ikhwah memulakan aktiviti 'tutorial' membakar sate yang menjadi menu utama kali ini. Sebanyak 500 batang sate selamat menjadi korban pada hari itu. ..(^_^).. Sekitar jam 9 pagi, semua krew bersiap-sedia menyambut kehadiran Badan Pengurus Penerbitan dan Penerbitan PMRAM, Ustaz Faizuddin bin Ghazali dan HEWI PMRAM, Ustazah Akmaizan bt Yusof. Mesyuarat yang dihadiri oleh lebih 30 orang krew terlibat itu dimulai dengan sesi taaruf dan ucapan ringkas dari Ustaz Faizuddin. Kemudian agenda mesyuarat diteruskan dengan perlantikan jawatan krew-krew secara rasmi, perbincangan tentang gerak kerja jualan produk al-Fityan, bengkel-bengkel dan pameran terbaru, pembentangan gerak kerja Komik al-Fityan edisi seterusnya dan muhasabah gerak kerja dari krew. Alhamdulillah mesyuarat berakhir sekitar jam 12 tengahari dan semua mula menjamu selera sambil bergambar untuk kenang-kenangan.

Usai solat Zohor, semua yang terlibat berkunjung ziarah ke rumah salah seorang krew iaitu Ustaz Ahmad Kamil melihat isteri ( juga krew kartunis al-Fityan)  dan cahayamata putera sulungnya yang baru berusia seminggu. Juga takziah untuk pasangan itu kerana rumah mereka telah dipecah masuk pencuri yang menyebabkan sebuah laptop, telefon bimbit, kamera digital dan wang sebanyak LE 400 lenyap. 

Firman Allah S.W.T  di dalam Surah al-Hujurat :10:
"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara. Oleh itu, damaikanlah antara saudara kalian dan bertakwalah kepada Allah supaya kalian mendapat rahmat"

2 ulasan:

Seimura berkata...

Pembetulan. Nama HEWI PMRAM UPP ialah AKMAIZAN bukan Akmazatun. Harap lebih alert selepas ini.

Administrator berkata...

terima kasih utk pembetulan...terlepas pandang sikit.