Komik Ini

My Photo
Komik Al-Fityan | Hasil garapan pena pelukis dan penulis muda Bumi Kinanah. Merupakan antara satu wacana dakwah Islami yang diadun dalam bentuk yang lebih kreatif dan inovatif. [Peringatan] Segala hasil karya di dalam blog ini adalah hakcipta komuniti ini. Anda dilarang untuk mengambil mana-mana kandungan yang tersiar di sini tanpa izin mereka yang berkaitan. Sebarang kemusykilan, sila hubungi pihak admin di alamat: alfityan[dot]moderator[at]gmail [dot]com

11 Ogos 2010

KISAH BAKAT '10

Program yang bermula jam 8 pagi - 6.30 ptg tersebut telah dipenuhi dengan pengisian yang cukup menarik daripada krew-krew Al-Fityan. Antaranya teknik asas melukis, anatomi dan teknik-teknik lain yang berkaitan. Hamba yang terlewat, sempat untuk menyertai bengkel grafik pada sebelah petang. Iaitu slot Digital Colouring.

Program yang telah disertai 20 orang peserta itu telah dirasmikan oleh Badan Pengurus PMRAM, Saudara Mohd Faizuddin Ghazali merangkap Badan Penerangan & Penerbitan PMRAM 2010/11. Manakala perasmian penutup oleh Saudara Azlan Hj Alias, BP PMRAM merangkap Badan Lajnah Muhafazah.

Alhamdulillah, program yang diadakan kali ini telah dapat mencungkil dan menyerlahkan bakat-bakat muda dalam bidang lukisan serta perekaan grafik. InsyaAllah, tenaga-tenaga baru ini akan diserapkan menjadi krew-krew baru dalam unit Al-Fityan pada masa akan datang. Kepada mereka yang berminat dan mempunyai bakat terpendam, jangan ketinggalan untuk sertai bengkel-bengkel bersiri yang akan diadakan.

Kepada mana-mana BKAN dan DPM atau persatuan yang berminat untuk menganjurkan bengkel serta seminar berkaitan lukisan komik serta rekaan grafik, bolehlah menjemput krew kami ke tempat anda.

Saksikan foto-foto sekitar BAKAT '10

Peserta khusyuk mendengar ceramah serta teknik yang ditunjukkan.


Sedang menyiapkan tugasan yang diberi.


Ust Alias sempat memperturunkan ilmu kepada peserta.




Caq sedang memperhatikan peserta, saya pulak tengok kamera sambil melukis. hehe.


Masing-masing khusyuk menyiapkan tugasan karya yang diberikan.


Ust Farid Rashidi [penulis berambut pendek] turut mencuba untuk melukis.

Hang Jebat khusyuk menyiapkan karyanya.

Slot membedah karya oleh Ust Nasrul (Lagendaseni) & Ust Alias (Menoufiaz)

Antara karya yang dihasilkan peserta dikomen untuk penambahbaikan..




Ust Nas menunjukkan teknik melukis cermin mata.





Ust Syazwan kita, orang Tanta.

Ust Rushdi (Tebuan Kota) sibuk menyiapkan artwork beliau.

Caq pun melukis sebab nak dapat hadiah..


Ust Zulhilmi (Pengerusi DPM Tanta) turut serta..


Teknik melukis rambut.


Macamana nak lukis kopiah pun diajar.


Seterusnya Slot Digital Colouring oleh Ust Alias.

Peserta sedang mempraktikkan teknik mewarna secara digital menggunakan adobe photoshop.



Akhawat turut tidak ketinggalan walaupun berkongsi laptop.

Pengarah Bengkel BAKAT '10 -Ust Abdul Quddus.


Turut bersama Ibnu Reza (Ust Iman)


Ust Azlan Hj Alias menyempurnakan majlis penutup.






Hadiah kepada pelukis terbaik. Saudara Muhammad.


Digital Colouring terbaik, saudari Saadah.

Dan yang terakhir cenderahati buat perasmi.

Disediakan oleh : aminislamic

3 ulasan:

FRESHIE berkata...

ohh, malap2 gambar di atas

Administrator berkata...

Apasal muka caq & aminislamic nak sama ha.. mcm kembar...heheh!

Ruqaiyah Yusof berkata...

salam, bila lagi ada bengkel ni?
sy berminat la dgn bengkel ni..
kalau ada lg, bole tak tolong informkan?