Komik Ini

My Photo
Komik Al-Fityan | Hasil garapan pena pelukis dan penulis muda Bumi Kinanah. Merupakan antara satu wacana dakwah Islami yang diadun dalam bentuk yang lebih kreatif dan inovatif. [Peringatan] Segala hasil karya di dalam blog ini adalah hakcipta komuniti ini. Anda dilarang untuk mengambil mana-mana kandungan yang tersiar di sini tanpa izin mereka yang berkaitan. Sebarang kemusykilan, sila hubungi pihak admin di alamat: alfityan[dot]moderator[at]gmail [dot]com

18 Jun 2011

Krew Al-Fityan PMRAM Mengecam Karikatur Utusan Mempersendakan Islam






Krew Komik Al-Fityan PMRAM mengecam sekeras-kerasnya tindakan kartunis Miki serta pihak Utusan Malaysia dengan penyiaran karikatur yang menghina serta mempersendakan hukum jenayah di dalam Islam.

Penyiaran karikatur tersebut mencemarkan dunia lukisan karikatur tanah air sekaligus membuatkan masyarakat akan memandang rendah terhadap bidang lukisan itu sendiri.

Dalam karikatur tersebut, memberi gambaran dengan mempersendakan hukum jenayah dalam Islam.

Krew Komik Al-Fityan PMRAM berharap agar isu ini tidak dipandang enteng bahkan perlu dipertimbangkan tindakan sewajarnya.

Sesungguhnya penghinaan kepada Islam melalui penulisan atau lukisan dan seumpamanya memberikan fahaman yang salah kepada masyarakat apatah lagi melalui akhbar harian tempatan .

Hakikatnya tingkah laku biadab  ini akan mencemarkan lapangan arena dunia lukisan tempatan yang kini semakin diterima masyarakat umum .

Tiada ulasan: