Komik Ini

My Photo
Komik Al-Fityan | Hasil garapan pena pelukis dan penulis muda Bumi Kinanah. Merupakan antara satu wacana dakwah Islami yang diadun dalam bentuk yang lebih kreatif dan inovatif. [Peringatan] Segala hasil karya di dalam blog ini adalah hakcipta komuniti ini. Anda dilarang untuk mengambil mana-mana kandungan yang tersiar di sini tanpa izin mereka yang berkaitan. Sebarang kemusykilan, sila hubungi pihak admin di alamat: alfityan[dot]moderator[at]gmail [dot]com

11 Disember 2011

20 CARA MELAWAN SYAITAN


Tukang lukis: Waizury
Tukang warna: Asqalani

Jom kita melawan habis-habisan musuh Allah dan alam sejagat ini, agar semuanya kita pergi meninggalkan dunia dengan hayat yang beriman kepada Allah.

20 CARA MELAWAN SYAITAN
- Suka Memaafkan
- Menjalin Ukhwah
- Adil
- Menjaga Lidah
- Malu
- Berjihad Dan Berjuang
- Sabar Dan Syukur
- Memuliakan Ibu Bapa
- Memuliakan Jiran Tetangga
- Memerangi Tipu Daya Syaitan
- Menyambung Silaturahim
- Memuliakan Anak Yatim
- Banyak Mengingati Mati
- Banyak Melakukan Solat Tahajud
- Menghafal Al-Qur’an
- Melakukan Lima Perkara Yang Dicintai Allah
- Mencintai Rasulullah
- Menjadi Tujuh Golongan Yang Dicintai Allah
- Mempunyai Hikmah Dan Ilmu
- Berani Dan Istiqamah

21 November 2011

ERATNYA PERSAHABATAN


[ ERATNYA PERSAHABATAN ]

Persahabatan adalah perihal sahabat . Persahabatan adalah mempunyai sahabat yang setia . Sahabat itu sanggup menjalani segala pahit dan manis yang kita menjalani . Persahabatan begini seperti tali yang tiada penghujungnya. Ia pasti berterusan walaupun berjauhan . Kata orang, "Jauh di mata, Dekat di hati ."

Lukisan: Nur Dalili 

19 November 2011

KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT.

 
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Ada empat perkara yang apabila diberikan kepada sesaorang sesungguhnya ia telah memperolehi kebaikan dunia dan akhirat.

Iaitu :
1.hati yang sentiasa bersyukur
2. lisan yang sentiasa berzikir
3.tubuh yang sentiasa sabar dalam menanggung musibah, dan
4.isteri yang tidak pernah khianat sama ada terhadap dirinya atau terhadap harta benda (suami)nya.”

Sesungguhnya setiap insan dalam menghadapi gelombang kehidupan pasti menjadikan doa sebagai senjata paling ampuh. Apatah lagi kehidupan seorang Muslim. Malah salah satu permohonan yang tidak pernah diabaikan adalah permintaan memperolehi kebaikan di dunia dan akhirat. Permohonan untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan terlepas dari bahang api neraka. Doa ini dirakamkan di dalam al-Quran.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Dan di antara mereka ada yang berdoa ; ‘Ya Tuhan kami kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa api Neraka.”
(Surah al-Baqarah ayat 201)

Semoga kita berterusan mengerjakan amal soleh, jangan sekali-kali dia menunda-nunda melakukan amal soleh hanya kerana kemalasannya. Disamping itu dalam beramal soleh seorang Muslim juga tidak boleh merasa sudah banyak pahala yang di perolehi malah sebaliknya, iaitu merasa masih terlalu sedikit amalannya. Wallahu'alam.

05 November 2011

BENGKEL ASAS MELUKIS KARTUN









 
16HB OKTOBER 2011 (AHAD)
7.00 PAGI HINGGA 12.OO TENGAHARI

“MELATIH DAYA KREATIF KARYA DAKWAH”

Dunia Globalisasi yang penuh dengan onak duri dan cabaran dalam menyampaikan dakwah secara jelas menyebabkan masyarakat semakin tenggelam dalam dunia yang sementara ini. Ini menyebabkan kita selaku azhari/ah yang membawa panji islam perlu membina kembali ruh keagungan dan kegemilangan Islam yang telah diterapkan dan dikukuhkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w dan semangat ukhwah ini diteruskan oleh para sahabat pada suatu ketika dulu.
       Oleh sebab dunia sekarang  memerlukan pendakwah globalisasi yang mampu untuk menjadikan islam selaku agama yang menekankan aspek pendakwahan dimasa kini. Majlis Kebajikan Keluarga Kedah ( MKKK) dengan penuh keyakinan cuba sedaya upaya dengan mengambil inisiatif untuk menjayakan satu program mencari bakat-bakat baru dalam bidang seni lukisan dengan menghimpunkan anak-anak kedah yang berada di perlembahan Nil ini dengan mengadakan Bengkel Melukis Kartun dibawah seliaan Badan Kebudayaan,Kesenian dan Sukan dengan mengenengahkan beberapa inisiatif yang baru dalam menjadikan mahasiswa/wi azhari bukanlah lemah dalam dunia globalisasi. Bengkel Melukis Kartun ini adalah Bengkel julung-julung kalinya diadakan diperingkat Majlis Kebajikan Keluarga Kedah untuk mencari bakat-bakat yang mampu diserapkan kedalam komik Alfityan PMRAM. 
    Pengisian bengkel pada hari itu disampaikan oleh wakil moderator daripada geng komik Alfityan PMRAM saudara Mohd Nasrullah Che Halim, saudara Mohamad Abdullah Tahmin, saudara Mohd Aiman Kamaludin dan saudara Abdul Qudus Jamal. Program dirasmikan oleh Yang Dipertua MKKK 2011/2012 saudara Shazril Hanis Salmi. Terima kasih kami ucapkan kepada penggerak bengkel Wan Muhamad Amir Wan Abd Razak selaku Ketua Badan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan MKKK 2011/2012. Di akhir program saudari Kamilah Che Razali wakil Ketua UPP PMRAM turut memberi sedikit ucapan penutup.
Doa dan harapan mudah-mudahan Bengkel Melukis Kartun yang telah dijalankan ini dapat membekalkan semangat dan komitmen peserta untuk berdakwah melalui medium lukisan kartun. Semoga segala kerjasama dan jasa baik yang dicurahkan dan mendapat balasan yang setimpal dari Allah SWT hendaknya.

Disediakan oleh:  Ketua Editor  Geng Alfityan PMRAM 2011/2012

28 September 2011

BENGKEL KARTUNIS (D'ART 2011)







NILAI, 24 Sept -Beberapa krew Komik al-Fityan PMRAM telah dijemput untuk berkongsi teknik dan skil dalam satu bengkel tertutup. Bengkel tersebut dianjurkan oleh Geng Kartunis D’ART , Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia(SPMM), USIM. 


Bengkel yang berlangsung selama sembilan jam bermula jam lapan pagi dan berakhir jam lima petang berjaya disertai kurang lebih 30 peserta.  Bengkel dimulai dengan ucapan presiden SPMM, saudara  Farid dan kemudiannya diteruskan dengan sesi pengenalan secara ringkas tentang penubuhan dan perkembangan al-Fityan PMRAM oleh saudara  Naqib.


              Sepanjang bengkel berlangsung, pembentangan telah dibahagikan kepada dua slot iaitu slot teknik asas melukis dan melukis latar belakang yang telah dikendali oleh Us.Farid Rashidi dan saudara Mohamad Naqib pada sebelah pagi, kemudian diteruskan kepada slot kedua iaitu slot mewarna secara digital menggunakan Adobe Photoshop yang telah disampaikan oleh saudara Rushdi dan saudara Naqib. 


Bengkel mula rancak apabila para peserta menyahut cabaran moderator untuk melukis watak masing-masing mengikut anatomi dan latar belakang yang telah diajar dalam waktu yang agak singkat.


Sebelum bengkel ditamatkan, karya peserta telah dinilai oleh moderator dan karya terbaik telah dimenangi oleh saudari Mariam Samani.  " Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan bengkel kartunis D'Art '11. Mohon maaf atas segala kekurangan, semoga Allah SWT membalas dengan sebaik-baik balasan. 


Moga-moga taaruf bersama Geng Kartunis Komik Alfityan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan pengisian dalam bengkel tadi dapat memberi input baru dan menaikkan semangat Geng kartunis USIM untuk terus berkarya." Kata Saudara Imran Abd Aziz selaku pengarah D,ART 2011.


Krew al-Fityan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Geng Kartunis USIM yang sudi menjemput, juga tidak lupa kepada exco SPMM dan pengarah Geng Kartunis D’ART, saudara Taufiq Ramli dan saudara Imram Ab Aziz yang telah banyak berusaha, juga kepada semua pihak yang bergabung tenaga dalam menjayakan bengkel kali ini. 


Diharapkan bengkel seperti ini dapat diteruskan untuk mewujudkan kelangsungan antara pihak Geng Kartunis D’ART,USIM dan al-Fityan PMRAM dalam berkongsi skil dan pengalaman. Semoga segala perkongsian dapat memberi manfaat kepada semua peserta dalam mendukung industri seni Islamik tanah air.

07 Ogos 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak Daripada Krew Al-Fityan PMRAM


Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam yang telah menjadikan bulan suci Ramadan sebagai bulan yangg penuh barakah dan kemuliaan. Selawat serta salam semoga tetap tercurahkan kepada junjungan kita Rasulullah saw beserta keluarga dan segenap sahabatnya serta seluruh kaum Muslimin yg mengikutinya.

Marilah kita bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya bulan ini adalah bulan yang mulia dan agung. Allah SWT telah mewajibkan kita agar berpuasa di bulan ini dan mendirikan solat pada malamnya untuk beribadah .

Semoga kita bersama memperoleh keutamaan di bulan Ramadhan tiap kita dapat menjaga perbuatan dari yang terlarang dan giat mengerjakan amal-amal keutamaan sebagai wujud bakti kita kepada Allah SWT.Semoga amalan-amalan kebaikan dan ibadah kita diterima oleh Allah SWT serta diampuni dosa-dosanya yg telah lalu amin!

Salam Ramadhan daripada kami warga kerja Komik Alfityan PMRAM.