Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Ada empat perkara yang apabila diberikan kepada sesaorang
sesungguhnya ia telah memperolehi kebaikan dunia dan akhirat.
Iaitu :
1.hati yang sentiasa bersyukur
2. lisan yang sentiasa berzikir
3.tubuh yang sentiasa sabar dalam menanggung musibah, dan
4.isteri yang tidak pernah khianat sama ada terhadap dirinya atau
terhadap harta benda (suami)nya.”
Sesungguhnya setiap insan dalam menghadapi gelombang kehidupan
pasti menjadikan doa sebagai senjata paling ampuh. Apatah lagi kehidupan
seorang Muslim. Malah salah satu permohonan yang tidak pernah diabaikan adalah
permintaan memperolehi kebaikan di dunia dan akhirat. Permohonan untuk mendapat
kebahagiaan di dunia dan terlepas dari bahang api neraka. Doa ini dirakamkan di
dalam al-Quran.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Dan di antara mereka ada yang berdoa ; ‘Ya Tuhan kami kurniakanlah
kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa
api Neraka.”
(Surah al-Baqarah ayat 201)
Semoga kita berterusan mengerjakan amal soleh, jangan sekali-kali
dia menunda-nunda melakukan amal soleh hanya kerana kemalasannya. Disamping itu
dalam beramal soleh seorang Muslim juga tidak boleh merasa sudah banyak pahala
yang di perolehi malah sebaliknya, iaitu merasa masih terlalu sedikit
amalannya. Wallahu'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan