Komik Ini

My Photo
Komik Al-Fityan | Hasil garapan pena pelukis dan penulis muda Bumi Kinanah. Merupakan antara satu wacana dakwah Islami yang diadun dalam bentuk yang lebih kreatif dan inovatif. [Peringatan] Segala hasil karya di dalam blog ini adalah hakcipta komuniti ini. Anda dilarang untuk mengambil mana-mana kandungan yang tersiar di sini tanpa izin mereka yang berkaitan. Sebarang kemusykilan, sila hubungi pihak admin di alamat: alfityan[dot]moderator[at]gmail [dot]com

30 November 2009

BALKIS '09 MERIAH


ISKANDARIAH, 13 dan 14 Oktober - Krew komik AL-FITYAN PMRAM telah diundang sebagai tenaga penyampai (moderator) sebagai memenuhi jemputan Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah untuk program Bengkel Karikatur dan Komik Digital Iskandariah (BALKIS 09). Program yang berlangsung selama dua hari ini telah berjaya diadakan bertempat di DPMI atau Dewan Zajlatul Abidah (DZA). 


Antara krew AL-FITYAN yang terlibat sebagai moderator adalah Saudara Mohd Fahmi Md. Yusop (reka bentuk grafik), Saudara Mohd Nasrullah Che Halim (kartunis Lagendaseni), Saudara Alias Chik (kartunis Menoufiaz Syah) dan Saudara Muhammad Izzat Abdul Hadi (kartunis Waizury).

Tentatif Program:-



HARI PERTAMA 
Slot 1: Saudara Muhammad Izzat : - Berkisar tentang seputar pengenalan ringkas tentang dunia kartun/komik. 

Slot 2: Saudara Mohd Nasrullah :- Memperkenalkan teknik – teknik asas melukis kartun melalui lakaran orang lidi secara teori dan praktikal.

Slot 3 : Latihan dalam bengkel :- Slot yang menilai, mengkritik dan memberi markah semua karya peserta bengkel yang telah dikumpul selepas mereka diberi tugasan melukis lakaran kartun masing-masing.



HARI KEDUA

Slot 4: Saudara Mohd Fahmi :- Menerangkan tentang asas-asas perisian 'Adobe Photoshop' kepada peserta secara teori dan praktikal.

Slot 5: Saudara Alias:- Menerangkan tentang mewarna kartun secara digital menggunakan  'Adobe Photoshop' secara teori dan praktikal.

Slot 6: Latihan dalam bengkel:- Slot bengkel praktikal mewarna kartun digital dan kemudian penyampai menilaikritik hasil karya setiap kumpulan peserta.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencungkil ramai peserta yang berbakat. Krew komik AL-FITYAN PMRAM mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat di atas program ini. Semoga Allah memberkati usaha kita semua dan semoga bertemu lagi di program seterusnya. 

Di bawah, kami muatkan gambar-gambar sekitar program dan hasil karya puteri-puteri dalam BALKIS 09 yang lalu. Comel-comelkan! 





Tiada ulasan: