Komik Ini

My Photo
Komik Al-Fityan | Hasil garapan pena pelukis dan penulis muda Bumi Kinanah. Merupakan antara satu wacana dakwah Islami yang diadun dalam bentuk yang lebih kreatif dan inovatif. [Peringatan] Segala hasil karya di dalam blog ini adalah hakcipta komuniti ini. Anda dilarang untuk mengambil mana-mana kandungan yang tersiar di sini tanpa izin mereka yang berkaitan. Sebarang kemusykilan, sila hubungi pihak admin di alamat: alfityan[dot]moderator[at]gmail [dot]com

19 November 2009

PROGRAM ASAH BAKAT (PASAK)


MANSURAH, 9 November - Program Asah Bakat (PASAK) siri pertama anjuran Unit Penerangan dan Penerbitan (UPP) Dewan Perwakilan Mahasiswa Mansurah (DPMM) yang dijadualkan bermula pada jam 12.30 tengah hari dimulakan agak lewat sekitar jam 1.15 petang. Program dimulakan dengan ucapan Ketua Penerbitan DPMM ustaz Mohd Fadzli serta wakil Tok Ketua DPMM ustaz Mohd Alif. Kemudian dirasmikan oleh ustaz Taufiq Dahlan selaku Badan Pengurus PMRAM merangkap penasihat unit Al-Fityan. Di dalam ucapannya, ustaz Taufiq mengalu-alukan bakat baru yang berminat untuk menyerikan komik Al-Fityan sebagai medium dakwah secara santai. Turut hadir HEWI PMRAM ustazah Ibitisam.

Slot yang pertama telah dikelolakan oleh saudara Izzat yang membentangkan kertas kerja bertajuk "Pengenalan Tentang Lukisan" yang memberi gambaran kasar berkenaan dunia lukisan serta medium cabang dakwah yang efektif dalam meneruskan kelangsungan survival agama Islam.

Slot kedua dan terakhir pula telah dikelolakan oleh saudara Mohd Nasrullah (Lagendaseni) dan saudara Alias (Menoufiaz) yang bertajuk "Teknik Asas Melukis Kartun". Slot tersebut dimulakan dengan penerangan ringkas oleh saudara Alias berkenaan peralatan, panel, dialog, mendakwat serta colouring secara Digital, juga sedikit tutorial melukis kepelbagaian mimik muka. Seterusnya saudara Nasrul berkongsi pengalamannya menerangkan pula asas-asas melukis kartun dengan mengunakan lakaran orang lidi.

Program berakhir sebelum Maghrib. Semoga berjumpa lagi di PASAK siri kedua pula nanti. Insya-Allah.

---


Di bawah ialah antara gambar-gambar yang sempat dirakam.




Tiada ulasan: