إن الله يحب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنه
Maksudnya:-
"Sesungguhnya Allah amat suka bahkan cinta akan seseorang yang mana apabila melakukan sesuatu pekerjaan dia melaksanakannya dengan cermat (teliti)"
Bengkel dirasmikan oleh al-Fadhil Ustaz Taufiq bin Dahlan
(Badan Pengurus UPP PMRAM)
Bengkel
khas krew al-Fityan yang telah berlangsung pada 23 dan 24 Februari 2010
di Wisma Darul Ridzuan (A) dengan kehadiran 11 orang krew ikhwah dan 12 orang krew akhawat
telah digarap dalam beberapa objektif untuk kemahiran krew-krew
al-Fityan sendiri melalui beberapa siri aspek terpenting iaitu :-
1)
Mengasah dan mendedahkan kepada krew tentang asas melukis dengan teknik
yang betul dan cara mengisi ruang panel (kotak) kartun dengan corak
latar belakang yang konsisten dan berkesan.
Turut
didedahkan kepada krew adalah tutorial pembinaan watak dalam komik agar
mimik watak yang dilukis pada ruang panel pertama tetap sama dengan mimik
watak untuk ruang panel seterusnya melalui pandangan depan, sisi, separa sisi
dan beberapa gerakan asas yang akan membantu proses sebuah lukisan
kartun dengan lebih baik. Para krew juga turut ditekankan tentang
penggunaan jenis pen yang sesuai untuk lineart atau stroke sesebuah lukisan kartun. Kesan penggunaan pen yang sesuai ini akan memudahkan proses pengeditan kartun tersebut.
2) Memberi pendedahan kepada krew tentang kartun yang diedit secara digital. Ianya
merangkumi perjalanan proses bagaimana kartun yang telah siap dilukis
dan diimbas ke dalam komputer, akan melalui proses kemasukan ruang
panel (kotak kartun) dan dialognya. Selain itu, krew juga diberi
penerangan secara teori dan praktikal dalam proses mewarna kartun
digital dan teknik memasukkan shadow atau bayang pada kartun dengan betul.
Hari Pertama
Bengkel 1 - 9.00a.m hingga 12.00 p.m
Program dimulakan dengan slot Design Graphic oleh Ustaz Wan Ahmad Hanif - lebih kepada pengenalan asas adobe photoshop - secara teori. Seterusnya slot ini disambung oleh Ustaz Alias Chik selaku designer al-Fityan
Edisi 3. Beliau juga telah berkongsi teknik-teknik mengedit kartun
termasuk proses meletak ruang panel dialog dan kegunaan warna grayscale.
Bengkel 2 - 1.30 p.m hingga 4.00 p.m
Bengkel kedua ini mengandungi dua pengisian yang santai. Pengisian pertama iaitu Art Drawing
telah dikendalikan oleh Zakiatun Nazneen Abdul Hannan dan Ustaz
Nasrullah. Slot ini berisi pengenalan asas kepada permulaan sebuah
lukisan kartun.
Manakala untuk pengisian kedua dikendalikan oleh Ustaz Taufik berupa teknik melukis latar atau tempat untuk sesebuah watak kartun.
Hari kedua
Bengkel 3 - 9.00a.m hingga 12.00 p.m
Pembentangan slot Digital Drawing dikelolakan oleh Ustaz Alias Chik. Di dalam tutorial ini setiap krew diminta untuk menyiapkan tugasan cartoon colouring dan setiap daripadanya menerima komentar yang tersendiri dari pembentang.
Bengkel 4 - 1.30 p.m hingga 4.00 p.m
Tugasan
terakhir ketika bengkel keempat ini, semua krew diminta untuk mencipta
watak yang mempunyai pelbagai posisi dan mimik muka berdasarkan
contoh-contoh wajah kartun yang dipaparkan di skrin layar.
Untuk akhirnya, semua hasil karya dari krew dipamerkan sebagai santapan mata masing-masing.
Sebagai
mengakhiri program ini, majlis penutup telah diserikan dengan kehadiran
Ustazah Ibtisam bt Mohamad merangkap Timbalan Badan Pengurus UPP HEWI
PMRAM dengan sedikit kata-kata perangsang dari beliau.
"Alhamdulillah, pendedahan
lebih mendalam terutamanya dalam edit hasil mentah.Tak boleh dapat
dalam bengkel-bengkel umum macam sebelum ini. Cara melukis pun dapat upgrade!!"
(Testimoni dari salah seorang krew yang hadir)
Gambar-gambar sekitar bengkel berlangsung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan