Dalam isu penafian hak kepada mahasiswa Islam Mesir baru-baru ini seperti penarikan zakat, pembuangan pelajar daripada institusi pengajian tinggi dan sebagainya. Krew Al-Fityan amat kecewa dan berdukacita dengan kejadian dan tindakan tersebut. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun dan penuh dengan toleransi serta diperintah melalui demokrasi secara terpimpin. Tindakan sepatutnya tidak patut dikenakan, dan kami bertambah kecewa kerana tindakan tersebut hanya diambil dan dikenakan ke atas Mahasiswa yang menuntut di bumi Mesir.
Oleh yang demikian, kami menyokong sepenuhnya usaha yang dilakukan oleh Gerakan Solidariti Pertahan Hak Mahasiswa (DESAK) dalam usaha mendesak pihak-pihak berwajib bagi menarik balik tindakan yang dikenakan tersebut, kerana ia secara terang-terangan tidak diplomatik dan sekaligus menafikan hak seorang rakyat Malaysia untuk menuntut ilmu di luar negara, lebih-lebih lagi penuntut ilmu agama. Harapan daripada krew, biarlah tindakan tersebut difikirkan secara serius kerana ia melibatkan masa depan seorang warganegara yang jelas tidak bersalah dan tidak terikat dengan mana-mana akta untuk disabitkan kesalahan sehingga dibuang daripada institusi pengajian tinggi atau ditarik balik pemberian zakat.
Kami mendoakan agar semua mangsa tabah dalam menghadapi ujian daripada Allah ini dan semoga pihak-pihak yang bertanggungjawab sedar tindakan kurang tepat yang mereka lakukan. Apapun, letakkan harapan dan keyakinan kita kepada Allah, bahawa doa mereka yang dizalimi tiada hijab diantara mereka dengan Allah. Perbanyakkan selawat dan doa agar Allah mengembalikan hak mahasiswa. Bersama kita menuntut hak dan pertahankan keadilan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan