Komik Ini

My Photo
Komik Al-Fityan | Hasil garapan pena pelukis dan penulis muda Bumi Kinanah. Merupakan antara satu wacana dakwah Islami yang diadun dalam bentuk yang lebih kreatif dan inovatif. [Peringatan] Segala hasil karya di dalam blog ini adalah hakcipta komuniti ini. Anda dilarang untuk mengambil mana-mana kandungan yang tersiar di sini tanpa izin mereka yang berkaitan. Sebarang kemusykilan, sila hubungi pihak admin di alamat: alfityan[dot]moderator[at]gmail [dot]com

28 September 2011

BENGKEL KARTUNIS (D'ART 2011)







NILAI, 24 Sept -Beberapa krew Komik al-Fityan PMRAM telah dijemput untuk berkongsi teknik dan skil dalam satu bengkel tertutup. Bengkel tersebut dianjurkan oleh Geng Kartunis D’ART , Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia(SPMM), USIM. 


Bengkel yang berlangsung selama sembilan jam bermula jam lapan pagi dan berakhir jam lima petang berjaya disertai kurang lebih 30 peserta.  Bengkel dimulai dengan ucapan presiden SPMM, saudara  Farid dan kemudiannya diteruskan dengan sesi pengenalan secara ringkas tentang penubuhan dan perkembangan al-Fityan PMRAM oleh saudara  Naqib.


              Sepanjang bengkel berlangsung, pembentangan telah dibahagikan kepada dua slot iaitu slot teknik asas melukis dan melukis latar belakang yang telah dikendali oleh Us.Farid Rashidi dan saudara Mohamad Naqib pada sebelah pagi, kemudian diteruskan kepada slot kedua iaitu slot mewarna secara digital menggunakan Adobe Photoshop yang telah disampaikan oleh saudara Rushdi dan saudara Naqib. 


Bengkel mula rancak apabila para peserta menyahut cabaran moderator untuk melukis watak masing-masing mengikut anatomi dan latar belakang yang telah diajar dalam waktu yang agak singkat.


Sebelum bengkel ditamatkan, karya peserta telah dinilai oleh moderator dan karya terbaik telah dimenangi oleh saudari Mariam Samani.  " Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan bengkel kartunis D'Art '11. Mohon maaf atas segala kekurangan, semoga Allah SWT membalas dengan sebaik-baik balasan. 


Moga-moga taaruf bersama Geng Kartunis Komik Alfityan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan pengisian dalam bengkel tadi dapat memberi input baru dan menaikkan semangat Geng kartunis USIM untuk terus berkarya." Kata Saudara Imran Abd Aziz selaku pengarah D,ART 2011.


Krew al-Fityan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Geng Kartunis USIM yang sudi menjemput, juga tidak lupa kepada exco SPMM dan pengarah Geng Kartunis D’ART, saudara Taufiq Ramli dan saudara Imram Ab Aziz yang telah banyak berusaha, juga kepada semua pihak yang bergabung tenaga dalam menjayakan bengkel kali ini. 


Diharapkan bengkel seperti ini dapat diteruskan untuk mewujudkan kelangsungan antara pihak Geng Kartunis D’ART,USIM dan al-Fityan PMRAM dalam berkongsi skil dan pengalaman. Semoga segala perkongsian dapat memberi manfaat kepada semua peserta dalam mendukung industri seni Islamik tanah air.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nak lukis jugak