Komik Ini

My Photo
Komik Al-Fityan | Hasil garapan pena pelukis dan penulis muda Bumi Kinanah. Merupakan antara satu wacana dakwah Islami yang diadun dalam bentuk yang lebih kreatif dan inovatif. [Peringatan] Segala hasil karya di dalam blog ini adalah hakcipta komuniti ini. Anda dilarang untuk mengambil mana-mana kandungan yang tersiar di sini tanpa izin mereka yang berkaitan. Sebarang kemusykilan, sila hubungi pihak admin di alamat: alfityan[dot]moderator[at]gmail [dot]com

27 Julai 2011

Komik Al-Fityan Edisi 4 (Ukhuwwah) Akan Dipasarkan Dalam Masa Terdekat

Alhamdulillah, baru sebentar tadi Komik Al-Fityan dimaklumkan oleh Badan Penerangan & Penerbitan PMRAM, Ustaz Zulhafeez Ahmad Zahidi bahawa Komik Al-Fityan Edisi ke-4 telah siap dicetak dan boleh diambil di pejabat PMRAM. Selepas dimaklumkan, krew bergegas ke pejabat untuk melihat sendiri hasil karya Komik Al-Fityan Edisi ke-4.

Alhamdulillah, walaupun mengalami masalah percetakan baru-baru ini, hasilnya memuaskan. InsyaAllah, komik Al-Fityan akan diedarkan ke seluruh Mesir dalam masa terdekat. Setakat ini 200 naskhah telah diambil untuk dibawa pulang ke Malaysia, manakala baki 500 naskhah lagi akan dipasarkan di Mesir. Dapatkan daripada wakil kami yang akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Tahniah buat semua krew Komik Al-Fityan Edisi Ukhuwwah.

 Kartunis kuewtiawpataya bergambar bersama Komik Al-Fityan Edisi 4. Beliau akan membawa balik 100 naskhah ke Malaysia dan 100 naskhah lagi oleh kartunis Tebuankota.

 Baru dikeluarkan dari sampul.

Siap untuk dipasarkan.

Tiada ulasan: