24-25 Julai, Kaherah : Krew Unit
Komik Al-Fityan telah membuka tirai taqwim unit sebaik sahaja selepas tamat
musim peperiksaan akhir dengan mengadakan bengkel dan gathering khusus
untuk krew serta sahabat Al-Fityan PMRAM. Bertempat di Dewan Syeikh Abdul Halim
Rumah Pahang, Hayyu ‘Asyir, Kaherah Mesir, bengkel tertutup kali ini telah
berjaya menghimpunkan seramai 28 orang sahabat dan 16 orang krew yang terdiri
daripada siswa pengajian Islam dan perubatan. Bengkel telah diadakan selama dua
hari berturut-turut bermula seawal jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Bertepatan
dengan tema dan objektif bagi melahirkan pelapis dalam dunia lukisan komik
Islami, bengkel kali ini dilihat sebagai bengkel yang paling berjaya sepanjang
unit ini ditubuhkan.
Diantara modul yang ditampilkan
pada hari pertama ialah melalui bengkel 1
dengan mengadakan sebanyak tiga slot yang terdiri daripada teknik melukis asas
kartun orang lidi yang dikendalikan oleh moderator saudara Nasrullah, Rushdi,
Naqib dan saudari Zakiatun Nazneen. Seterusnya teknik melukis mimik muka oleh
saudara Aiman serta teknik melukis
lipatan dan latarbelakang oleh saudara Naqib dan Rushdi. Aktiviti bertambah
menarik apabila diadakan slot bedah siasat hasil karya peserta oleh para
kartunis Al-Fityan berdasarkan kumpulan yang telah dibahagikan.
Bengkel ke-2 diteruskan pada
sebelah petang oleh moderator saudara Al-Amin dan Amin melalui pembentangan
tentang asas menggunakan adobe photoshop. Hari kedua diteruskan dengan sambungan
rekabentuk grafik terutama yang berkaitan dengan pembikinan sesebuah komik.
Melalui moderator saudara Rushdi
dan saudari Fatimah Az-Zahra’, peserta turut didedahkan dengan teknik mewarna
secara digital di dalam bengkel ke-3. Bedah siasat hasil karya pada slot ini
menunjukkan peserta yang hadir bukan sahaja berbakat dalam bidang lukisan,
tetapi sedia mahir dalam mewarna hasil karya mereka sendiri melalui medium
digital.
Slot pengisian ditutup dengan
pembentangan dalam bengkel ke-4 oleh saudara Hakimi dan Aiman berkaitan
penulisan dan menyambung skrip penceritaan atau dialog. Walaupun peserta yang
hadir dilihat keletihan terutama diatas keterlewatan jamuan makan tengah hari,
namun suasana bertukar menjadi ceria apabila diadakan slot tambahan iaitu slot
peserta mengkomen karya krew.
Bengkel kali ini turut
membincangkan beberapa cadangan dan permasalahan dalam perjumpaan krew bersama
Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM saudara Zulhafeez Ahmad Zahidi dan
Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan saudari Kamilah Che Razali. Peserta terbaik
bahagian ikhwah, telah diberikan kepada saudara Ahmad Husaini dan peserta
terbaik bahagian akhwat pula disandang oleh saudari Nurul Su’aidah. Turut diadakan penyampaian
cenderahati karikatur daripada pengarah bengkel, saudara Al-Amin Hj Salleh kepada saudara Zulhafeez Ahmad Zahidi, Ketua
Badan Penerangan & Penerbitan PMRAM 2011/2011, serta cenderahati kepada Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan
HEWI PMRAM daripada timbalan pengarah bengkel, saudari Nur Afzan Kassim.
Krew Al-Fityan mengucapkan jutaan
terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam program yang
dilihat paling berkesan dalam menggabungkan krew dan sahabat bagi menggarap
generasi pelapis dalam dunia lukisan komik Islami di Mesir.
1 ulasan:
1 kenangan manis juga utk krew yg dah nak pencen =)
Love Al-Fityan!
Catat Ulasan